Tuesday, January 19, 2010

Hakikat Muraqabah..

Muraqabah ialah pengawasan terhadap zat yang menjaga dirinya dan menaruh perhatian yang sebesar-besarnya kepadanya itu. Yang dimaksudkan dengan muqarabah itu adalah keadaaan dalam hati yang dihasilkan oleh makrifat. Dan kemudian pengawas yang dimaksudkan itu akan menghasilkan berbagai amalan anggota tubuh zahir dan batin.

Pandangan sebelum beramal dilakukan supaya kita dapat memastikan apa yang kita amalkan itu sebenar adalah untuk mendapatkan keredhaannya, mahupun tumpuan otak atau gerakan anggota.

Sekiranya niat untuk melakukan sesuatu itu adalah kerananya, maka hendaklah teruskannya. Akan tetapi, jika pekerjaan itu bukan kerananya haruslah dihentikan dan hendaklah berasa malu kepadanya.

Walaubagaimanapun, niat kerananya tanpa meneliti perkara yang boleh menyebabkan kemurkaannya juga boleh menyebabkan pekerjaan itu tidak mendapat keredhaannya. Oleh itu, pastikan pekerjaan yang dilaksanakan itu perlulah berada dalam syarak islam agar amalan tersebut berlangsung dalam keredhaannya..

" Barang siapa yang melampaui batas-batas Allah SWT, maka ianya telah menganiayai(merugikan) dirinya sendiri "

(surah al-Thalaq, ayat 1)

No comments: